Monday, December 28, 2020

METODOLOGI

              Metodologi kajian adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dalam mengumpul data bagi menjawab dan mencapai semua objektif kajian. Terdapat tiga jenis kajian yang boleh dipilih dalam menetapkan suatu metodologi iaitu kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian gabungan. 

      Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kepelbagaian kaedah digunakan adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat, jelas dan benar. 

                Berdasarkan objektif yang dinyatakan, kajian ini telah menggunakan pendekatan kajian kualitatif. Kajian kualitatif ini diperoleh dengan cara carian atas talian, perbincangan kumpulan dan soal selidik. Bahagian ini menerangkan metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, subjek kajian, perosedur kajian, prosedur pengumpulan dan analisis data.


METODOLOGI KAJIAN

1. REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang telah dirangka oleh pengkaji ialah kajian yang bersifat kualitatif atau deskriptif yang merupakan kajian yang dibuat berdasarkan gambaran yang sedia ada. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah menjurus kepada kaedah-kaedah yang digunakan bagi menjawab segala persoalan yang telah dinyatakan dalam objektif kajian. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji berusaha membuat persediaan yang selengkapnya sebelum memulakan kajian. Pengkaji bersedia dengan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk kajian dan seterusnya merangka gerak kerja kajian. Kajian yang dirangka akan mempunyai hala tuju yang sejajar dengan garis panduan masa yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

 

2. SUBJEK KAJIAN

Bahagian ini akan memberikan penekanan kepada pengkaji dalam memilih lokasi dan responden yang boleh dijadikan sebagai subjek atau sampel kajian yang sesuai bagi pengkajian ini. Tajuk pengkajian seperti yang telah dinyatakan adalah berkhususkan pengurusan pembelajaran pendidikan khas. Justeru itu, pengkaji membuat tinjaun dan pencarian atas talian untuk melengkapkan kajian projek ini. Pengkaji telah mencari 10 buah sekolah terbaik di seluruh negara. Sekolah A telah dipilih kerana telah memenuhi ciri-ciri yang diinginkan oleh pengkaji. 


3. PROSEDUR KAJIAN

Bahagian prosedur kajian ini akan membincangkan secara ringkas keseluruhan gerak kerja atau prosedur kajian yang telah dirangka oleh pengkaji. Prosedur yang telah dirangka ini adalah berdasarkan panduan tugasan kajian yang diberikan dan mematuhi syarat-syarat pelaksanaan sesebuah kajian. Bahagian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum pengkaji membuat pengumpulan data, semasa proses pengumpulan data dan selepas pengumpulan data kajian.

 Sebelum pengkaji membuat pengumpulan data Sekolah A, pengkaji telah membuat analisis kasar mengenai maklumat Sekolah A. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa pengkaji tidak salah memilih subjek. Setelah itu, pengkaji membina soalan-soalan yang diperlukan dalam proses pengumpulan data.

Seterusnya, setelah subjek kajian dan respoden diperoleh, kajian diteruskan dengan proses pengumpulan data iaitu pengkaji membuat carian atas talian mengenai  Sekolah A bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan oleh kajian ini. Pengkaji juga menggunakan pendekatan soal selidik, dimana pengkaji telah membuat soal selidik berkeaan ’Sekolah dan Persekitaran’ melalui platform ’google form’. Soalan-soalan ini seterusnya di berikan kepada orang awam dan masyarakat melalui platform media sosial seperti ’whatsapp’, ’facebook’, ’telegram’ dan banyak lagi.

 Setelah selesai proses pengumpulan data, pengkaji akan meneruskan kajian dengan penganalisisan data yang telah diperoleh daripada kajian lapangan tersebut. 


4. PROSEDUR PENGAMBILAN DATA

Prosedur pengambilan data ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan dapatan kajian ini. Pengkaji bersedia dengan teliti tentang data yang dikehendaki supaya tidak perlu mengulangi proses pengambilan data ini. Pengkaji membina instrumen kajian seperti soalan-soalan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan sempurna. Instrumen ini dirangka berdasarkan oleh bahan-bahan rujukan yang dipilih oleh pengkaji sesuai dengan tajuk kajian. Pengkaji menggunakan tiga pendekatan dalam mendapatkan maklumat:


4.1 PENCARIAN ATAS TALIAN

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah carian atas talian ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang mempunyai kesahihan yang tinggi dan tepat. Dalam kajian ini, pengkaji telah melayari enjin carian ’Google’ untuk mendapatkan maklumat berkaitan Sekolah A. Selain itu, pengkaji juga melayari laman sesawang rasmi Sekolah A. Pengkaji mencatat segala maklumat yang diperoleh hasil daripada carian atas talian. 


4.2 SOAL SELIDIK

Pengkaji membuat pendekatan soal selidik berkaitan dengan tajuk yang telah di pilih oleh pengkaji. Pengkaji telah membina 10 soalan umum mengenai ’Sekolah dan Persekitaran’ dengan menggunakan aplikasi ’google form’. Seterusnya, soalan ini di berikan kepada orang awam dan masyarakat melalui medium sosial media seperti ’Whatsapp’, ’Telegram’, ’Facebook’ dan banyak lagi.  


4.3 PERBINCANGAN BERKUMPULAN

Dalam bahagian ini, pengkaji telah berdiskusi sesama ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan dan menjawab objektif kajian. Pendekatan ini memainkan peranan penting dimana setiap ahli kumpulan telah diberi tugasan yang tersendiri dalam memperoleh maklumat yang berkaitan dengan Sekolah A. Setelah itu, pengkaji akan berkumpul dan membincangkan semula maklumat yang diberikan melalui platform ’Google Meet’ dan ’Whatsapp’. 


6.5 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Proses penganalisisan data ini dilaksanakan setelah semua maklumat atau data dikumpul secukupnya. Pengkaji bekerjasama menganalisis segala maklumat yang diperoleh daripada kajian lapangan ini tidak kira hasil carian atas talian, soal selidik dan perbincangan berkumpulan. Pengkaji juga menyusun segala maklumat dan membuat kesimpulan bagi menjawab objektif dalam kajian ini.


            Kesimpulannya, metodologi kajian memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kajian. Pengkaji harus memberi tumpuan dalam menentukan metodologi sesuai yang akan digunakan dalam melaksanakan sesebuah kajian. Metodologi kajian ini ditentukan dengan baik oleh pengkaji dalam melengkapkan tugasan kajian ini.




TEORI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 

HUBUNGAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

"Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.  Sekolah juga merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ.  Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu)."

       Sekolah memainkan pernananya yang tersendiri sebagai platfrom atau tapak untuk mengubungkan individu dengan individu yang lain atau dikenali sebagai masyarakat.

    Kehidupan bermasyarakat adalah tidak asing lagi walau dimana sahaja seseorang itu berada. Oleh itu, masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Hal ini kerana, seseorang pelajar  itu akan lebih banyak meluangkan masa berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang disekelilingnya dalam institusi bermasyarakat.

       Hubungan bermasyarakat ini boleh terdiri dari apa jua situasi atau organisasi yang melibatkan orang awam seperti persatuan belia, badan kebajikan penduduk,badan koperasi, institusi masjid dan banyak lagi. Di dalam konteks institusi pendidikan seperti sekolah, organisasi masyarakat yang terlibat adalah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

   Hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua pihak adalah saling bergantung antara satu sama lain. Antara matlamat utama kedua-dua pihak adalah untuk:

  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dari segi akademik dan sahsiah pelajar
  • Mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan pelajar
  • Meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah 

BENTUK JALINAN TIGA DIMENSI








Jalinan tiga dimensi terdiri daripada interaksi dalam sekolah dan interaksi luar sekolah.  

            Hubungan dalam sekolah melibatkan 3 pihak iaitu:

    • Pentadbir
    • Guru
    • Pelajar

 Hubungan luar sekolah pula melibatkan masyarakat, iaitu terdiri daripada 3:

    • Sekolah
    • Ibu bapa
    • Masyarakat


FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN 

                 Situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan 

 

2. BENTUK INTERAKSI

              Interaksi yang sihat antara pentadbiran sekolah, guru dan murid

 

            3. PERANAN PARA GURU

                 Sebagai pemudah cara dan pembimbing kepada pelajar


            4. PERANAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

                 Membantu sekolah dalam keadaan tertentu. Contoh: PIBG

 

             1. KELAS SOSIAL

                  Pembezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat/ hierarchis (Pitrim A. Sorokin )

   

                2. HUBUNGAN ETNIK

    •  Dikelaskan melalui perbezaan budaya
    •  Berbeza dari segi adat resam, pola keluarga, pakaian dan lain lain lagi


                3. GENDER 

    • LelakI 
    • Perempuan







TEORI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

  HUBUNGAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN "Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.  Sekolah juga merupakan sebuah b...